FROM JOHOR BAHRU TO BATU PAHAT – JB WILD DOGS

19 04 2010
This is a report, a road story by JB Wild Dogs..sorry for posting this a bit late, but the story can’t be forgotten.One more inspiring road trips..selamat membaca.


Kayuhan Johor Bahru ke Minyak Beku Batu Pahat

“tiada siapa yang dapat menghalang kemahuan hati kita untuk merdeka”

Perjalanan 148 Kilomiter dari Johor Bahru ke Batu Pahat sangat melelahkan. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan selama kami bersatu dengan basikal dan menjadi seorang pengayuh. Perjalanan yang dihimpit rasa gembira,kesal,marah,lelah dll. 148 kilomiter yang kami tempuh adalah pada malam hari. Ini sangat membuat mental serta fizik kita tercabar. Disini aku akan kongsikan cerita kepada kalian semua yang mana tahu nantinya akan mengayuh ke kawasan ini. Disini aku akan ceritakan di mana kawasan rehat,makan,bahaya,dan check point. Ok mari…..

Perencanaan awal kayuhan ke Batu Pahat sebenarnya empat orang. Tetapi yang jadi mengayuh hari itu cuma tiga orang sahaja. Aku,Rizman dan Wakkang. Jezz terpaksa membatalkan agenda beliau bersama kami atas sebab kerja yang terlampau banyak,dan dia tepaksa harus akur dengan sistem. Kesian Jezz.:( Kayuhan bermula pada pukul 5.20 pm. Aku hanya berdua dengan Rizman. Wakkang menunggu di Hutan bandar MBJB di Mutiara Rini. Kami mengambil jalan pintas dari Embrace hall Tampoi- Jalan Camar-Bestmart-Tan Sri Yakkub- Mutiara Rini. Persiapan akhir di Hutan Bandar pasang segala kelengkapan seperti botol air,cek tiub dan ambil segala alat-alat ganti yang kami pesan ke Wakkang. Segalanya berjalan dengan baik.

Perjalanan kami lanjutkan melalui Lima Kedai dan menuju ke Gelang Patah. Berjalan jauh mesti ada risiko yang terpaksa kita hadapi. Gear basikal Rizman tercabut di jalan sempit Lima Kedai- Gelang Patah sebelum exit terakhir. Jalan yang sunyi dan di kelilingi oleh kebun kepala sawit membuat keadaan sedikit menyeramkan. Tambahan lagi cuaca ketika itu mendung dan hujan renyai. Jam menunjukkan pukul 6.48 pm. Hampir 20 minit kami berasak untuk memperbaiki basikal,akhirnya siap dan kami lanjutkan lagi perjalanan. Kami harus bekejar dengan waktu siang,untuk melewati jalan di Kampung Alur Jeram,Pontian. Jalan Alur Jeram sedikit merbahaya kerana jalan yang gelap,dan proses perbaikan jalan yang mana menyulitkan bagi pengguna jalan. Hari sudahpun mulai gelap perjalanan keluar dari kawasan Alur Jeram masih tinggal 3 km lagi. akhirnya kami terpaksa akur dengan waktu. Kami basah kuyup. pukul 7.20 pm. Kami akhirnya kami keluar dari kawasan Alur Jeram dan keluar di kawasan Pekan Nenas tepatnya di depan depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas,Pontian.

Perut lapar,dan ambil keputusan untuk berehat makan di foodcourt depan petronas Pekan Nenas. Roti canai seorang 2 keping,Air Suam,Nes o,Teh o Ais jadi santapan di warung ‘www.dzol.com’. Nama warung pun dah di update di website.hehehe.Kami berehat selama 20 minit dan memulakan perjalanan kami untuk sampai ke check point pertama yaitu di Bandar Pontian. Jarak tempuh ke Bandar Pontian masih ada 27km. Jalan yang gelap dan dimana hanya basikal Rizman saja yang mempunyai lampu penerangan di depan. Rizman mengayuh di depan dan kami berdua dibelakang,menumapang cahaya lampu beliau. Jadi disini kami ingatkan jangan lupa mempersiapkan lampu depan belakang ketika mengayuh di waktu malam. Kaki Rizman ‘Cram’ dan kaki aku pula lenguh. Kami berhenti di perhentian bas Parit Selangor. Nasib baik segala ubat telah dipersiapkan awal oleh Rizman. Semua ubat Rizman bawa dari Hospital. Free of cash!ahaa. Kami ambil waktu lebih kurang 10 minit untuk mengubati kaki kami. Perjalanan kami lanjutkan lagi. Pukul 10.27pm akhirnya kami sampai di Bandar Pontian. Check Point kami yang pertama. Uh…Lega..Jarak tempuh ke Batu Pahat masih menyisakan lagi 78 Kilomiter!!WTF!! Aku mengehembus nafas panjang…

Kami hanya berehat 20minit di Pontian. Dalam perencanaan kami berehat di Pontian dalam 1 jam atau mungkin lebih.Tapi atas sebab banyak waktu yang kami buang sebelum sampai ke Pontian akhirnya kami singkatkan waktu dan meneruskan kayuhan kami. Kami melalui Kampung Api-Api,Sri Bunian dan Tampok.Aku kagum dengan rumah-rumah di kampung ini. Kalau anda melewati jalan pontian ini, anda akan melihat bertapa cantik dan luasnya kawasan rumah penduduk disini. Sangat luas! Adakah ia akan bertahan 50tahun lagi? Mungkin kerajaan akan ambil alih dan membangun lebuhraya ke Wilayah Iskandar!fuck!. Kami sampai ke Air Baloi. Perut terasa lapar. Dari Tampok,perut sudah mula terasa lapar. Tapi tiada satu kedai pun yang kami jumpa buka pada pukul 12 malam. Jadi kami terpaksa mengayuh dalam 10 kilo untuk sampai ke Air Baloi. Akhirnya!!Kami jumpa juga kedai makan. Kedai makan didalam kampung nelayan. Mereka aneh melihat kami dengan basikal yang penuh muatan. Kami tebarkan senyuman dan mereka balas dengan nyanyian karaoke!haha!!terbaik beb!

Nasi putih,sup,telur dadar,air suam,nes o, teh o ais, hanya rm 4.90!murah! Nasi putih,sup,dan telur dadar hanya RM 2! pergh!!tersangat murah. Kalau kawan-kawan mengayuh di kawasan Air Baloi, jangan lupa singgah di warung ini. kalau dari arah batu pahat anda akan melihat kesebelah kanan anda sebelum jambatan Air Baloi. Kalau arah dari Pontian malah sebaliknya. Kami berehat setengah jam. Kami sambung kayuhan kami pada pukul 12.15 a.m. Setelah mengayuh lebih kurang 10km tayar basikal Wakkang bocor. Satu lagi ujian di tengah kampung tiada berlampu. Nasib baik ketika itu ada satu rumah kampung yang masih ada orang duduk bersembang di luar. Kampung Parit Haji Ahmad.Aku beranikan diri,untuk meminta izin dengan makcik tuan punya rumah untuk menumpang baikkan basikal. Mereka terima kami dengan tangan terbuka. Tapi aku masih bertanya. Kenapa keluarga ini belum tidur jam sebegini? Padahal jam telah menunjukkan pukul 1.33 a.m. Keluarga beliau cukup baik dan peramah. Beliau hidangkan kami dengan teh o panas. Rumah beliau banyak kucing. Suami beliau berumur dalam lingkungan 70tahun. Cucu-cucu beliau semua tinggal di rumah beliau. Keluarga beliau yang duduk bersama kami dilar malam itu ada dalam 12 orang. Banyak juga perkara yang kami cerita malam itu. Wakkang tak banyak cakap. Sibuk dengan betulkan tayar basikal dia. Cuma yang anehnya, Wakkang kelihatan pucat pasi. Basikal wakkang siap di betulkan. Kami minta izin dengan keluarga yang aku terlupa nak tanya nama makcik itu dan suaminya. kami lanjutkan kayuhan kami pada pukul 2 a.m. Lama juga waktu yang kami ambil untuk membetulkan basikal.

Badan mula terasa letih. Jarak tempuh ke Batu Pahat masih menyisakan 48km lagi. Kayuhan mula terlihat lambat. Kami cuba bertahan dan mengayuh untuk sampai ke Batu Pahat pada subuh hari. akhirnya kami sampai di Pekan Rengit pada pukul 3.40 pagi. Kami berehat di salah sebuah warung sebab wakkang dan Rizman kelaparan. 30 minit kami berehat,dan kami mula kan lagi perjalanan kami yang menyisakan jarak tempuh 27km lagi. Waktu itu kondisi aku sudah mula lemah. Mata ngantuk dan kaki terasa berat. Perjalanan dari Rengit ke Batu Pahat sangat memberi cabaran yang sangat luar biasa! Tiada kemudahan lampu jalan,jalan yang dikelilingi oleh hutan,anjing liar dan macam-macam lagi! Kami dikejar anjing di sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Melewati kawasan perkuburan budha, Islam,dan mendengar suara aneh. Kami sampai ke daerah Senggarang. Daerah yang tidak bersahabat di waktu malam. Aku ingatkan kalian yang ingin berkayuh di daerah ini pada malam hari,siapkan lampu suluh,pisau atau benda yang tajam, dan air secukupnya. Di kawasan ini juga koneksi jaringan seluluar ( Handphone ) hilang. Dinasihatkan supaya tidak mengayuh di kawasan ini pada malam hari. Kami mengayuh di daerah ini pada pukul 4.20a.m. Yang anehnya Wakkang bercerita yang dia ternampak sosok ‘Pocong’ di rumah makcik yang kami singgah di Parit Haji Ahmad. Mendengar suara lembaga yang menjerit di kawasan perbatasan Benut-Batu Pahat, Rizman mendengar gear basikal Wakkang bertukar dengan cepat berulang-ulang kali,sedangkan wakkang tidak menggantikan gear dia sama sekali. Aku terlihat sesuatu yang aneh di atas bukit perkuburan Budha Senggarang. Satu lembaga Putih yang melambai. Tapi aku diam dan tidak bercerita dengan kawan-kawan atas sebab nanti takut jadi panjang cerita. Ini semua yang kami rasakan,dan ini bukan cerita yang di ada-adakan. Tapi ini adalah NYATA kami temukan!!

* caltex Batu Pahat pukul 6.00 a.m .Kelelahan luar biasa*

Kami sampai di Tanjung Laboh pada Pukul 5.30 pagi. Jarak tempuh untuk sampai ke Bandar Batu Pahat masih menyisakan 5km lagi. Kondisi aku sudah mulai lemah dan mata aku sangat ngantuk. Mau tidak mau kami harus sampai ke Batu pahat sebelum matahari terbit. setengah jam kayuan kami sampai juga di Batu Pahat. Kami mengambil kata sepakat untuk rehat dan tidur di Pam Minyak Caltex dan tidak datang ke rumah Along di Bukit Indah Perdana pada jam itu juga. Disebelah samping Caltex ada car wash lengkap dengan sofa! Tak cerita panjang,aku terus berlabuh indah dan tidur…

* Samping Caltex. Cuaca hujan pagi itu*

Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi. Kami bersiap untuk ke rumah Along. Sampai rumah Along,sarapan,berbual,dan tidur dari pukul 11a.m sampai ke pukul 4p.m. bangun tidur,mandi,makan dan teruskan perjalanan ke Minyak Beku pada pukul 5p.m. Jarak yang kami tempuh ke Minyak Beku adalah 8.1 km dari Rumah Along di Bukit Indah Perdana. Jalan ke Minyak Beku beralur. Jalan yang berbukit dan anjing yang sangat banyak!damn!40minit perjalanan akhirnya kami sampai ke Minyak Beku. Sungguh memenatkan!

Malam hari kami berpesta ria dengan pesta pantai sambil barbeque dan mabuk!!hahah…..saya sangat mencintai pengalaman indah ini!next trip Johor Bahru -Mersing 180 km!!ahak!!

p/s : Penulis asal adalah Abdul Gapur,lawati beliau di sini : http://mediabaca-kitari.blogspot.com/

Ride Safe fellow brothers!

Wild Dogs

Advertisements

Actions

Information

7 responses

20 04 2010
abey

bike + thrill = get drunk!.. up the punks!

6 05 2010
x13moex

cograts comrad…that was really kewl…at last some has done it at johor..seribu tahniah dari aku…last but not least…giler skema sekolah menengah ayat dalam cerita nih..ngahhaha…

11 11 2010
New Artwork « WILD DOGS BRIGADE

[…] read some of their story : here […]

25 11 2010
wak kang

semoga lepas ni tak jumpa makhluk2 halus lagi,. grrr~

26 11 2010
wilddogsbrigade

Wak Kang,korang best,organise lagi ride2 macam ni,best woo

30 03 2011
zarulazlan

assalam .

great journey guys . syok membace nye πŸ™‚ . it must be a great memories right for all of u . great work ! πŸ™‚

9 12 2011
wilddogsbrigade

Thanks bro. Menghadapi lagi best dari membaca πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: